Home » » Lenovo melancarkan telefon pintar IdeaPhone S890 dan P770 di Malaysia

Lenovo melancarkan telefon pintar IdeaPhone S890 dan P770 di Malaysia

Kedua dua telefon pintar ini Lenovo ini  telah pun diperkenalkan  di CES 2013, dan kini secara rasmi kedua-dua telefon pintar tersebut – IdeaPhone S890 dan juga IdeaPhone P770 – dilancarkan  untuk pasaran Malaysia

IdeaPhone S890


 IdeaPhone S890 adalah dioptimasikan bagi penggunaan kasual, dengan skrin bersaiz 5-inci dan paparan qHD, kamera belakang 8-megapixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, dan bateri berkapasiti 2250mAh


Lenovo IdeaPhone P770 pula memfokuskan kepada pengguna perusahaan dengan menawarkan masa bercakap yang lebih lama melalui bateri berkapasiti 3500mAh. Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin bersaiz 4.5-inci qHD, cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, dan kamera belakang 5-megapixel.

IdeaPhone P770

Kedua-dua telefon pintar ini dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dan  telah mula dijual di pasaran Malaysia. Lenovo IdeaPhone S890 dijual pada harga saranan RM839, manakala Lenovo IdeaPhone P770 dijual pada harga yang disarankan RM739
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×