Home » » Jintan Manis dan khasiatnya

Jintan Manis dan khasiatnya

Jintan Manis adalah sejenis rempah yang mempunyai sejarah lebih daripada 5000 tahun lamanya. Dikenali dengan nama saintifiknya pimpinella anisum, jintan manis dikatakan berasal dari Mesir. Ia telah digunakan semasa zaman Firaun bukan hanya sebagai salah satu bahan dalam mengawetkan mumia raja yang telah meninggal dunia.

jintan manis
Daripada Mesir, jintan manis kemudiannya dibawa ke Greek dan Rom yang kemudiannya telah menggunakan rempah ini sebagai ramuan perubatan dan kosmetik bagi menaikkan seri wajah yang pucat. Kini jintan manis banyak ditanam di negara-negara beriklim panas terutamanya India, Afrika Utara, China dan Amerika.

Bercakap mengenai perubatan, jintan manis juga dikatakan mampu melegakan masalah insomnia kerana herba ini bertindak sebagai perangsang dan juga penenang dalam masa yang sama. Kajian mendapati, bahawa pengambilan vitamin (terutamanya B-kompleks) dan pencernaan yang baik membantu merangsang tidur yang lena. Jintan manis yang di tumbuk dikatakan mampu menjadi ubat bagi mengurangkan masalah bisul. Bagi anda yang ingin membuang lemak di pangkal paha, anda boleh meminum air rebusan jintan manis selama pagi dan petang selama sebulan.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan jintan manis, namun begitu anda perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×