Home » » Kebiasaan yang salah ketika mencuci muka

Kebiasaan yang salah ketika mencuci muka

Selepas menjalankan pelbagai aktiviti harian,adalah menjadi kebiasaan bagi kita mencuci muka.Kekotoran atau debu dapat dibersihkan dengan mencuci muka.Sesetengah orang akan mencuci berkali kali wajahnya dalam satu hari dengan anggpan wajah akan lebih bersih.


Berikut ini adalah kebiasaan yang salah ketika mencuci muka

1. Terlalu  sering membersih wajah
Mungkin anda berfikir selalu membersih wajah akan membuat nya lebih bersih,tetapi sebenar nya jika selalu mencuci muka akan lebih berbahaya.Jika anda mencuci muka lebih dari 2 kali sehari secara tak langsung akan mengikis pengeluaran minyak semula jadi yang diperlukan wajah agar tetap sihat dan seimbang.Beberapa keadaan boleh terjadi seperti kulit kering atau mungkin berminyak.Tetapkan pembersihan wajah anda kepada cuma 2 kali sehari,iaitu diwaktu pagi dan sebelah malam sebelum tidur.

2. Mencuci muka sebelum membersih rambut
Cuci lah rambut dahulu sebelum mencuci muka.Biarlah wajah anda tetap kering sehingga pencucian rambut selesai.Dengan demikian tiada endapan dari shampoo rambut yang tersisa pada kulit muka anda yang menyumbat pori pori dan boleh menyebabkan jerawat.Setelah itu barulah cuci wajah anda dengan pembersih wajah.Pastikan semasa menggunakan shampoo air bilasannya tidak mengenai wajah anda.

3. Menggunakan suhu air yang salah
Air yang dingin membuat anda merasa segar,air yang panas akan membuat anda rasa nyaman.Tetapi jika anda menggunakan air yang terlalu panas atau terlalu dingin ia bukanlah pilihan yang tepat.Air yang panas akan membuat kulit anda kering dan air yang terlalu sejuk tidak akan membuka pori pori kulit anda.Oleh itu cucilah dengan air yang suam.

4. Memilih produk pencuci yang wangi
Kebanyakan wanita suka memilih produk yang mengandungi aroma seperti bunga,buah,mint dan sebagainya.Masaalahnya bila memilih produk seperti ini pastikan ia adalah bahan semula jadi dan bukan wangian sintetik.Jika kulit anda sensitif,pilih lah yang mengandungi aroma wangian asli dan bukan bahan kimia..

 

1 comments:

  1. tentang shampoo tu baru puteri tau..terima kasih berkongsi :)

    ReplyDelete

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×