Home » » HTC One Mini kini berada dipasaran Malaysia

HTC One Mini kini berada dipasaran Malaysia

HTC Malaysia hari ini memperkenalkan salah satu smartphone terbaru mereka yang mula dijual di pasaran Malaysia, iaitu HTC One Mini. Ia adalah rekaan seumpama smartphone popular HTC One, tetapi pada saiz lebih kecil.

HTC One Mini


HTC One Mini ini menggunakan menggunakan Andoid 4.2.2 Jelly Bean,cip pemprosesan 1.4GHz  Qualcomm Snapdragon 400, saiz skrin Super LCD2 4.3-inci dengan paparan 720p dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 3, memori 1GB RAM, dan kamera belakang 4-UltraPixel.

HTC One Mini mempunyai berat 122 gram dan ia adalah cukup ringan dan senang untuk dibawa kemana-mana. HTC One Mini mempunyai 16GB memori tetapi tiada slot kad untuk memori tambahan disediakan

Seperti kebanyakan smartphone lain, HTC One juga mempunyai kemudahan Bluetooth, WiFi dan sokongan GPS. HTC One Mini menggunakan 1,800 mAh bateri dan didatangi dengan dua pilihan warna iaitu warna kelabu dan hitam.Harga yang ditawarkan bagi pasaran di Malaysia adalah RM1699

1 comments:

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×