Home » » Teknologi terbaru:TV skrin OLED melengkung

Teknologi terbaru:TV skrin OLED melengkung

Perkembangan peralatan TV semakin canggih sejak kebelakangan ini. Samsung pun cuba menembusinya  dengan memperkenalkan televisyen OLED skrin lengkung di pameran teknologi IFA 2013 di Berlin, Jerman.




Dengan nama Samsung S9C ini tampil dengan rekaan jauh kehadapan. Ia mempunya skrin OLED 55 inci yang melengkung ke dalam. Tetapi kenapa ia dibuat melengkung ke dalam?

Samsung memaklumkan bahawa rekaan skrin lengkung ini membolehkan menonton TV dengan lebih selesa lagi.Penonton akan berasa seperti berada dalam adegan yang sedang ditayangkan

Rekaan Samsung S9C dilihat  menampakannya sebagai sebuah TV yang mahal. Tampilan S9C memang sangat cemerlang  dengan skrin OLED resolusi ultra high definition (UHD),.

"Ini adalah TV UHD skrin lengkung yang pertama di dunia, membuktikan kedudukan Samsung yang tidak tertandingi dalam soal teknologi televisyen," Ujar  Hyun suk Kim, Ketua Head of Visual Display di Samsung.

Harganya adalah sekitar 7.000 pound sterling atau RM 35,800. Ia dikuasakan oleh prosesor quad core dan juga mempunyai  kamera untuk melakukan berbagai fungsi, seperti membuat panggilan video.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×