Home » » Alcatel lancarkan empat siri baru smartphone One Touch Pop C

Alcatel lancarkan empat siri baru smartphone One Touch Pop C

Setelah mengeluarkan smartphone siri One Touch Idol, Alcatel kini  memperkenalkan pula empat smartphone siri One Touch Pop .Keempat empat siri itu adalah Alcatel One Touch Pop C1, Pop C3, Pop C5, dan Pop C7.Keempat empatnya adalah berbeza spesifikasi dan ukuran skrinnya.


1. Alcatel One Touch Pop C1



Skrinnya adalah berukuran 3.5 inci dengan resolusi HVGA (320x480p), Alcatel One Touch Pop C1 juga dilengkapi kamera dengan resolusi 2 megapiksel dan bateri berkapasiti 1300mAh.Menggunakan processor dual core 1GHz dan system operasi Android 4.2 Jelly Bean .Terdapat dalam dua warna iaitu hijau muda dan merah muda,ia dijangka akan berada dipasaran Oktober ini.Alcatel mensasarkan smartphone ini bagi pengguna yang mahukan gadget yang berharga rendah tapi juga berkuasa.


2. Alcatel One Touch Pop C3


Smartphone dengan skrin berukuran empat inci dengann resolusi WVGA (480x800p) ini mensasarkan pengguna yang inginkan smartphone murah tapi tetap canggih.Menggunakan processor  1,3GHz, kamera 3.2 megapiksel, dan bateri berkapasiti 1300mAh. One Touch Pop C3 menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean ini dapat menjalankan berbagai game standard dan multi-tasking dengan baik.


3. Alcatel One Touch Pop C5


Mempunyai kamera 5 megapiksel dan skrin berukuran 4.5 inci (480x854p). Menggunakan processor dual-core 1.3GHz dengan kamera hadapan dengan resolusi 0.3 megapiksel,menjadikan ia pilihan lebih baik berbanding One Touch Pop C3.
Alcatel One Touch Pop C5 ini menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean serta  dilengkapi dengan memori dalaman 4GB.Slot memori tambahan yang boleh mencapai 32GB, dan bateri berkapasiti 1800mAh.

4. Alcatel One Touch Pop C7


Alcatel One Touch Pop C7 mempunyai skrin sebesar 5 inici, kamera 5 megapiksel dan boleh merakam video HD 720p.Smartphone yang berkuasakan processor 1.3Ghz quad core ini menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean dan bateri berkapasiti 2000mAh


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×