Sebuah
pulau biasanya mempunyai elemen yang dominan pada geografi , begitu pun
dengan pulau yang satu ini . Pulau di Senegal ini mempunyai elemen
unik iaitu pulau ini diliputi cengkerang lautan .
Pulau unik tersebut terletak di hujung garis pantai Petite Cote . Di sana terdapat kehidupan kampung nelayan yang jauh dari bandar bernama Joal - Fadiouth . Joal berada di pulau utama sedangkan Fadiouth di seberangnya yang dihubungkan dengan jambatan kayu sepanjang 400 meter .

Keunikannya adalah seluruh bahagian Fadiouth benar - benar diperbuat daripada cengkerang . Di seluruh pulau kelihatan dengan jelas bekas cengkerang kerang , terhampar di jalanan hingga menjadi perhiasan rumah penduduk . Bahkan Fadiouth terkenal dengan kubur yang juga diperbuat daripada cengkerang kerang .
Selama lebih dari 100 tahun penduduk Fadiouth menangkap kerang dan mengambil dagingnya . Maka cengkerangnya yang sudah tak terpakai dibuang hingga terkumpul membentuk sebuah pulau tersendiri . Longgokkan cengkerang kerang selama beratus-ratus tahun itu dijalin dengan akar pokok bakau hingga menjadi stabil .
-zamrispoon