Home » » 5 telefon pintar yang mempunya jangka hayat bateri yang baik

5 telefon pintar yang mempunya jangka hayat bateri yang baik

Bateri yang mempunyai Jangka hayat yang panjang pasti menjadi antara salah satu aspek yang mempengaruhi faktor pembelian telefon pintar dan disini kami memberikan anda lima telefon pintar dengan jangka hayat bateri yang baik.



1. Lenovo P780

lenovo-p780-top-best-baterry-smartphone-malaysia


Lenovo P780 merupakan telefon pintar terbaru daripada syarikat ini dan berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan pada telefon ini, ianya pasti menarik perhatian anda. Lenovo P780 ini hadir dengan skrin paparan 5-inci dengan resolusi HD 1280 x 720 dan mempunyai kepadatan piksel 294 ppi, pemproses Cortex-A7, kamera 8MP, menggunakan Android 4.2 Jelly Bean dan menyokong dwi-SIM. Walaubagaimanapun, kami disini bukan ingin membandingkan spesifikasi sahaja tetapi jangka hayat ketahanan bateri yang ditawarkan oleh setiap telefon pintar yang berada didalam senarai ini menjadi aspek utama pemilihan kami.  Lenovo P780 hadir dengan bateri berkapasiti 4,000 mAh dan ianya mampu bertahan selama 25 jam didalam rangkaian 3G dan hampir selama 50 jam jika anda menonton video dan melayari internet. Ini bermaksud dengan Lenovo P780 ini anda boleh menggunakanya tanpa pengecasan selama 3 hari yang mana anda mungkin tidak pernah dengar pada mana-mana telefon pintar.


Harga : RM 749- RM 799



2.Sony Experia C

sony-xperia-c-top-best-baterry-smartphone-malaysia

Jangka hayat bateri pada Xperia C adalah antara yang terbaik pada peranti Sony, antara tiga sebab utama Xperia C mempunyai jangka hayat bateri yang baik adalah kerana skrin paparan qHD tidak memerlukan penggunaan penuh pemproses Cortex A7 yang menawarkan penggunaan tenaga yang efisien.  Walaupun bateri pada Xperia C ini hanya mempunyai kapasiti 2390 mAh dan bukanlah sesuatu yang besar jika dibandingkan dengan model lain didalam senarai kami, namun Xperia X mampu bertahan sehingga dua hari dengan sekali cas dan mungkin tiga hari dengan penggunaan ringan.


Harga  : RM 799


3. Sony Xperia E

sony-xperia-e-top-best-baterry-smartphone-malaysia

Ini merupakan satu lagi telefon pintar keluaran Sony yang dikenali sebagai Xperia E. jika bercakap mengenai spesifikasi sahaja Xperia E tidaklah begitu menarik perhatian anda. Ianya dilengkapi skrin paparan yang kecil iaitu bersaiz 3.5-inci dan hadir dengan pemproses keluaran snapdragon. Namun, walaupun dengan bateri berkapasiti 1,500 mAh, Xperia C mampu menawarkan jangka hayat bateri hampir lapan jam dan mempunyai kualiti suara panggilan yang baik dan ini penting memandangkan telefon pintar ini merupakan telefon yang menyokong dwi-SIM.



Harga :  RM 399


4. HTC One Max

htc-one-max-top-best-baterry-smartphone-malaysia

HTC One Max merupakan phablet pertama keluaran syarikat Taiwan ini dan merupakan satu lagi alternatif kepada HTC One selain One Mini. Terus kepada jangka hayat bateri, HTC One Max ini menawarkan hampir 7 jam 30 minit penggunaan yang boleh dikatakan amat baik walaupun ianya mempunyai skrin paparan 1080p yang kebiasaanya menghabiskan bateri. Walaubagaimanapun, harga HTC One Max yang tinggi pasti akan mempengaruhi penjualan model ini walaupun mempunyai ‘fingerprint sensor’ dan pembesar suara BoomSound stereo dihadapan.



Harga :  RM 2,269 – RM 2,499

5. LG G Flex
lg-g-flex-top-best-baterry-smartphone-malaysia

LG G Flex merupakan telefon pintar pertama dengan skrin paparan OLED HD yang fleksible dan mempunyai bahagian belakang yang boleh membaiki calar secara semulajadi. Bateri pada G Flex adalah berkapasiti 3500mAh yang mana ianya menawarkan jangka hayat bateri hampir 7 jam iaitu sama seperti HTC One Max.Kesimpulanya, walaupun G Flex mempunyai bateri yang besar anda perlu mengecajnya sekurang-kurangnya sekali sehari.

Harga : RM 2,599
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×