Istana Nurul Iman ialah tempat kediaman rasmi bagi Sultan Brunei, DYMM Sultan Hassanal Bolkiah dan kerusi kerajaan negara Brunei Darussalam. Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. Istana ini juga merupakan tempat kediaman dan istana paling besar di dunia.
Bangunan : Jenis Istana
Pelanggan : DYMM Sultan Hassanal Bolkiah
Pemilik : DYMM Sultan Hassanal Bolkiah
Koordinat : 4°52′19.31″U 114°55′14.72″TKoordinat: 4°52′19.31″U 114°55′14.72″T
Pembinaan Diselesaikan : 1984
Kawasan tingkat : 200,000 m²
Kos : AS$1.4 billion
Pasukan reka bentuk: Arkitek Leandro V. Locsin. Firma seni bina Ayala International
Fakta-fakta menarik:
- Istana ini mempunyai 1,788 bilik, 257 bilik mandi serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang.
- Masjidnya sendiri yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa.
- Di istana ini juga terdapat 110 buah garaj kereta, kandang kuda berhawa dingin yang menempatkan 200 ekor anak kuda polo milik Sultan
- Turut disediakan adalah 5 buah kolam renang.
- Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mempunyai ruang lantai sebesar 2,152,782 kaki persegi (200,000 m²).
- Disebabkan saiz istana ini yang sangat besar, maka terdapat 564 lampu candelier, 51,000 mentol lampu, 44 tangga dan 18 lif di situ.
Jom kita lihat gambar-gambar berikutnya:
sumber:gilerkentang