Menurut kajian terbaru oleh Universiti Australia Barat dan Unilever, dengan
mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan
tekanan darah tinggi.
Ketua Penyelidik dari universiti itu, Profesor Jonathan Hodgson, berkata
teh sering dilihat sebagai minuman kedua pilihan masyarakat dunia
selepas air kosong.
Teh mengandungi zat kimia polifenol, antioksida yang mampu menghentikan
pertumbuhan sel barah, risiko darah tinggi dan meningkatkan sistem
imunisasi badan.
Lima panduan elak tekanan darah tinggi
- Lakukan senaman selama 30 minit sehari. Amalkan senaman kardio seperti
joging, badminton, berbasikal dan senaman yang mampu menguatkan otot
jantung. Ini membantu mengurangkan beban arter.
- Kurangkan garam. Apabila garam banyak bertakung dalam tubuh, isi padu
keseluruhan darah akan meningkat dan tekanan darah juga meningkat.
- Tingkatkan potassium dan magnesium seperti pisang dan buah-buahan. Ia
membantu mengurangkan tekanan darah systolik dan diastolik dengan lebih
banyak.
- Tenang. Kurangkan tekanan dan tenangkan diri sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk mengurangkan tekanan darah.
- Jaga berat badan. Amalkan pemakanan dan senaman secara berterusan bagi menjaga berat badan.
BH~
0 Comments