Home » » Makanan untuk mengempiskan perut

Makanan untuk mengempiskan perut

Ketika  anda sedang merancang untuk mengempiskan perut dan merampingkan pinggang anda,pilihlah makan yang rendah lemak,tinggi serat dan protein.Ini akan membuat anda kenyang lebih lama dan badan menjadi sihat.

Bagi mendapatkan tubuh yang anda inginkan selain dari bersenam,juga terletak pada makanan yang anda makan.Anda haruslah memilih makan yang tinggi serat bagi melancarkan pencernaan.

mengecilkan perut

Berikut ini adalah senarai makanan yang dapat membantu anda kenyang lebih lama disamping dapat merampingkan pinggang dan mengempiskan perut anda

1.Salmon
Salmon memiliki omega 3 yang penting bagi kesihatan mata,jantung dan fungsi otak.ia membantu proses metabolisma tubuh dan mempercepatkan pembakaran lemak dengan lebih berkesan

2.Paprika
Menambahkan paprika pada makanan akan meningkatkan kadar metabolisma sebanyak 25 peratus.Ia juga dapat membakar kalori dengan lebih cepat

3.Raspberi
Buah seperti strawberi dan blueberi sangat baik untuk tubuh kerana mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.Selain dari meningkatkan kekebalan tubuh,ia mengandungi serat yang baik bagi percernaan dan fungsi usus.

4.Kobis
Sumber yang kaya dengan vitamin K,ia membantu anda supaya tidak kembung

5.Oatmeal
Makanan yang menjadi kegemaran bagi mereka yang sedang diet.Oatmeal membantu mengurangkan lemak dibahagian perut.Selain itu ia juga membantu menjaga kadar gula dalam darah anda

6.Cili merah
Cili merah digunakan oleh orang Asia bagi menambah selera makan.tapi bagi orang barat,menambah rasa pedas pada makan dapat menurunkan berat badan secara efektif.Cili merah juga menghalang pembentukan lemak.

 7.Kacang-kacangan
Memakan kacang seperti badam,biji gajus dan lainnya adalah sangat baik kerana mengandungi lemak tak tepu.Kajian mendapati jika  selalu memakan kacang kacangan secara teratur akan lebih cepat menurunkan berat badan dengan mudah.
.
8.Telur
Merupakan sarapan yang baik untuk tubuh.Kajian mendapati telur mengatasi kabohidrat dalam hal mengenyangkan.Ia membantu menurunkan berat badan sebanyak 65 peratus.

9.Kacang buncis
Sumber protein yang kaya dengan flavanoid.Anti oksidan ini dapat menurunkan lemak berlebihan pada perut

10.Bawang Putih
Bawang putih adalah makanan yang boleh mencairkan lemak.Ini membantu mengurangkan lemak dihati

11.Avocado
Lemak tak tepu yang ada didalam nya dapat meningkat hormon pelambat rasa lapar(leptin).Ia akan membuat anda berasa kenyang

12.Minyak zaitun
Minyak ini mengandungi lemak tak tepu yang dipanggik Oleik,secara langsung dapat memerintahkan otak berpikir anda telah kenyang dan membuat anda berhenti makan. Minyak Zaitun juga berperanan bagi menyehatkan jantung.

13.Tembikai
Membantu menyingkirkan lebihan lemak pada tubuh,membantu detoksifikasi dan pengeluaran air yang berlebihan didalam tubuh.

14.Coklat Hitam
Membantu tubuh anda dari kenaikan berat badan ,penyakit jantung dan strok.Memakan coklat dengan kadar sederhana akan membentu anda mengawal makanan yang akan anda makan

15.Yogurt
Makan yang baik bagi melancarkan proses pencernaan.Yogurt adalah rendah lemak dapat membantu anda untuk lebih ramping serta mencegah perut kembung disebabkan masaaalah pencernaan.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×