Home » » Risiko jika mengeringkan pakaian didalam rumah

Risiko jika mengeringkan pakaian didalam rumah

Mencuci pakaian semasa musim hujan adalah menjadi perkara yang merumitkan. Sebabnya pakaian sering tidak kering, dan untuk mengeringkannya biasanya kita akan menggantungnya di dalam bilik, di mana kita selalu melakukan aktiviti di sana.


jemur pakaian
Selain itu, pengaruh iklan juga cukup besar, untuk mengeringkan pakaian di dalam bilik. Namun tahukan anda, jika mengeringkan pakaian dengan cara tersebu,t boleh membahayakan  kesihatan? Semak penjelasannya berikut ini.


Seorang profesor bernama David Denning dan pasukannya dari Manchester memberi amaran, jika mengeringkan pakaian di dalam rumah boleh berbahaya bagi kesihatan terutama mereka yang mempunyai imuniti rendah dan asma.

Pakaian yang masih mengandungi kadar air tersebut, boleh menjadi tempat yang sesuai bagi pertumbuhan spora cendawan, terutama Aspergillus fumingatus, yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru.

Namun untuk menhindarinya, gantung pakaian di luar, atau jika terpaksa mengeringkan pakaian di bilik, perbanyak pengudaraan di bilik tersebut. Atau anda berisiko terkena Aspergillosis.

Aspergillosis sendiri adalah nama dari keadaan kesihatan yang disebabkan oleh cendawan aspergillus. Biasanya menjejaskan tekak, sinus dan paru-paru, tetapi boleh merebak ke mana sahaja di seluruh tubuh. Bergantung pada pelbagai faktor, gejala aspergillosis boleh berbeza-beza, dari mula sesak nafas ringan sampai batuk darah.

sumber:gabancomel

1 comments:

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×