London: Sebuah pasu sumbing yang digunakan sepasang suami isteri untuk menempatkan bunga plastik dijual dengan harga £634,400 (RM3.45 juta) selepas didapati ia peninggalan abad ke-18 China.
Pasangan yang nama mereka tidak didedahkan itu mewarisi pasu berkenaandaripada mendiang bapa wanita itu dan sama sekali tidak menyedari mengenai asal usul dan nilai pasu itu.
Menurut wanita itu, pasu berkenaan dibeli bapanya pada 1960.Mereka menghantar beberapa gambar barangan antik yang mereka anggap boleh mendapat harga tinggi kepada syarikat lelong, termasuk pasu setinggi 12 inci berwarna hijau kekuningan itu.
Seorang pakar serta-merta mengecam pasu porselin unik itu yang dibuat pada abad ke-18 untuk sebuah istana Maharaja China, Qianlong.
Mereka terkejut apabila syarikat berkenaan meletakkan harga anggaran prajualan sebanyak £10,000 (RM54,427.50).
Bagaimanapun, dengan kehadiran pembida dari China, Hong Kong, Taiwan dan Kanada pada hari jualan, harga pasu itu meningkat hingga £100,000 (RM544,87) sebelum dibeli seorang pembida pada harga £520,000 (RM2.83 juta)
Ditambah dengan yuran, jumlah yang dibayar untuk pasu itu mencecah £634,400 (RM 3.45 juta).
harian metro