Home » » Tips kecantikan menggunakan bahan semulajadi

Tips kecantikan menggunakan bahan semulajadi

Setiap wanita pasti ingin selalu kelihatan cantik, sehingga berbagai rawatan dilakukan untuk mendapatkan kecantikan tersebut, mulai dari rawatan tradisional hingga rawatan di pusat-pusat kecantikan, yang tentunya memerlukan belanja yang lebih.

kecantikan wanita

Sebahagian orang mengatakan cantik itu mahal, Semua itu hanya bergantung bagaimana cara kita merawat dan mempertahankan kecantikan tersebut. Dalam artikel kali ini saya akan memberikan penerangan tips kecantikan alami dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi dan tradisional yang mudah dan tanpa kesan sampingan.

Rawatan Wajah
Hal utama yang harus dilakukan untuk tampil cantik adalah melakukan rawatan wajah, kerana kebanyakan orang menilai kecantikan dari wajah. Anda dapat melakukan perawatan wajah dengan bahan-bahan semulajadi  seperti berikut :

Tomato
Tomato mempunyai kandungan vitamin C yang baik bagi kulit, sehingga tomato boleh digunakan sebagai masker untuk merawat kecantikan wajah dengan cara menumbuk atau memblender tomato hingga halus. Setelah halus gunakan tomato tersebut sebagai masker wajah, ratakan dengan cara menepuk-nepuk bahagian wajah secara perlahan. Manfaat dari masker tomato ini adalah untuk mengurangi kelebihan minyak pada wajah, menghaluskan kulit, dan memberikan nutrisi pada kulit.

 Limau Nipis
Jeruk nipis boleh membuatkan kulit wajah menjadi bersih, segar dan bebas dari bakteria penyebab jerawat, kerana zat yang terdapat pada limau nipis dapat mematikan bakteria pada wajah. Anda boleh mencubanya dengan cara membelah dan mengoleskannya terus pada wajah. Semasa menggunakan jeruk nipis pada wajah mungkin akan terasa sedikit pedih selama beberapa saat, tetapi hasil yang akan didapati sangat  bermanfaat bagi kulit.

Lemon
Lemon mengandung Vitamin C yang dapat merawat dan mencerahkan warna kulit, selain itu lemon juga bermanfaat untuk memudarkan kesan hitam pada wajah. Caranya dengan memotong lemon menjadi dua bahagian, setelah itu perah lemon ke dalam mangkuk. Celupkan kapas pada air lemon, lalu gosokkan kapas ke wajah dengan dengan gerakan melingkar. Biarkan sisa lemon pada wajah, tanpa dibilas dan biarkan selama semalaman agar kandungan lemon meresap pada kulit wajah.

Rawatan Kulit
Setelah melakukan rawatan wajah, langkah selanjutnya adalah dengan melakukan rawatan kulit, agar kulit selalu terlihat sihat dan lembut dengan bahan-bahan semula jadi seperti berikut ini :

Mentimun
Mentimun sangat bermanfaat untuk menyegarkan dan melembabkan kulit kerana mentimun mempunyai banyak kandungan air didalamnya. Selain itu Niacin yang terkandung di dalam mentimun juga dapat bermanfaat untuk memutihkan kulit. Caranya dengan memarut mentimun dengan ukuran sedang, lalu tambahkan 10 titis air lemon. Setelah itu oleskan ke seluruh bahagian tubuh, biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.

Minyak Zaitun
Minyak zaitun bermanfaat untuk menghaluskan kulit tubuh. Caranya juga sangat mudah hanya dengan mengoleskannya secara teratur pada bahagian kulit yang kering setiap hari.

Air Kelapa
Air kelapa memiliki kandungan asid amino dan Vitamin C yang dapat memelihara dan mencerahkan kulit. Caranya dengan mengoleskan air kelapa segar pada kulit tubuh. Sebaiknya lakukanlah setiap seminggu sekali.

Rawatan Kuku

Selain wajah dan kulit, kuku juga perlu diberi perhatian dalam melakukan rawatan kecantikan.Anda boleh mencubanya dengan berbagai cara seperti di bawah ini :

Belimbing buluh
Belimbing buluh bermanfaat untuk membersihkan kotoran yang terdapat pada celah celah kuku dan kulit luar serta dapat memperkuatkan kuku. Caranya dengan menggosokkan potongan belimbing buluh pada kuku yang hendak dibersihkan, setelah itu bilas dengan air bersih.

Lemon
Bagi anda yang mempunyai jenis kuku rapuh dan mudah patah, boleh mencuba dengan menggunakan air perahan lemon dengan cara merendam kuku ke dalam perahan lemon yang telah dicampur dengan 1 sendok madu dan air panas. Rendam kuku selama 10 hingga 15 minit. Lakukanlah secara teratur dan dapatkan kuku yang bersih dan bercahaya.

Bawang Putih
Bawang putih mempunyai kandungan zat yang berguna untuk menguatkan kuku. Caranya parutlah bawang putih hingga halus, kemudian sapukankan pada kuku. Tunggu beberapa minit, setelah itu bersihkan kuku dengan air bersih.

Sumber:http://www.cantikinfo.net/2012/12/tips-kecantikan-alami.html

2 comments:

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×