Jintan Manis adalah sejenis rempah yang mempunyai sejarah lebih
daripada 5000 tahun lamanya. Dikenali dengan nama saintifiknya
pimpinella anisum, jintan manis dikatakan berasal dari Mesir. Ia telah
digunakan semasa zaman Firaun bukan hanya sebagai salah satu bahan dalam
mengawetkan mumia raja yang telah meninggal dunia.
Daripada Mesir, jintan manis kemudiannya dibawa ke Greek dan Rom yang
kemudiannya telah menggunakan rempah ini sebagai ramuan perubatan dan
kosmetik bagi menaikkan seri wajah yang pucat. Kini jintan manis banyak
ditanam di negara-negara beriklim panas terutamanya India, Afrika Utara,
China dan Amerika.
Bercakap mengenai perubatan, jintan manis juga dikatakan mampu
melegakan masalah insomnia kerana herba ini bertindak sebagai perangsang
dan juga penenang dalam masa yang sama. Kajian mendapati, bahawa
pengambilan vitamin (terutamanya B-kompleks) dan pencernaan yang baik
membantu merangsang tidur yang lena. Jintan manis yang di tumbuk
dikatakan mampu menjadi ubat bagi mengurangkan masalah bisul. Bagi anda
yang ingin membuang lemak di pangkal paha, anda boleh meminum air
rebusan jintan manis selama pagi dan petang selama sebulan.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan jintan manis, namun begitu
anda perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih
dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.