Kucing diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan

Manila: Sebuah bank mengupah seekor kucing sebagai pengawal keselamatan untuk menangkap tikus yang merosakkan kabel dan dokumen penting.Kucing berkenaan, Muning, memiliki kad pengenalan sendiri.Menurut sumber, ia bekerja dengan Bank Pembangunan Filipina di Manila sejak lima tahun lalu.


Sepanjang tempoh itu, ia dianggap kakitangan biasa dan menangkap seekor tikus sehari.Gambarnya menjadi viral selepas dimuat naik ke Facebook, minggu lalu.Sumber itu berkata, gaji Muning termasuk lima tin makanan kucing setiap bulan. – Agensi

newmalaysianpost

No comments:

Post a Comment