Selain Lenovo, Asus, LG dan HTC juga telah melancarkan produk mereka bagi di CES 2015 yang kini sedang berlangsung di Las Vegas. Berikut adalah maklumat mengenai kesemua produk tersebut.
Zenfone 2
Asus Zenfone 2 hadir dengan skrin paparan berukuran 5.5-inci yang mempunyai panel sisi yang nipis, pemproses Intel Atom Z3580 berkelajuan 2.3GHz, sokongan LTE pada dua slot SIM dan merupakan telefon pintar pertama didunia yang hadir dengan 4GB RAM.
Skrin paparan Zenfone 2 mempunyai resolusi 1080p dengan kepadatan piksel mencecah 403ppi dengan panel sisi skrin pada kenipisan 3.3mm dan dilindungi dengan Gorilla Glass 3.
Zenfone 2 juga hadir dengan kamera 13MP pada bahagian belakang manakala kamera selfie adalah 5MP manakala bateri berkapasiti 3,000mAh turut dengan teknologi pengecasan pantas yang membolehkan bateri Zenfone 2 ini dicas sehingga kadar 60% didalam masa 30 minit sahaja.
Asus Zenfone 2 juga dilancarkan dengan sistem operasi Android 5.0 Lollipop dengan ZenUI yang terbaru.
Zenfone 2 akan ditawarkan di pasaran mulai suku kedua tahun ini didalam 5 warna menarik iaitu hitam, emas, kelabu, merah dan putih pada harga $199 iaitu sekitar RM RM 700.
Zenfone Zoom
Asus Zenfone Zoom mempunyai reka bentuk dan spesifikasi yang sama seperti Zenfone 2 namun ianya mempunyai kamera dengan lensa zoom optik 3x dan disertakan dengan OIS iaitu optik pengtabilan imej.
Zenfone Zoom ini hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar dengan ‘lensa zoom optik 3x’ ternipis dipasaran dengan 11.95mm jauh meninggalkan pencabar utama telefon ini iaitu Samsung Galaxy K Zoom yang mempunyai kenipisan 16.6mm.
Zenfone Zoom juga hadir dengan lampu Flash ‘True Tone’, fokus laser yang sama seperti pada LG G3. Unit kamera Zenfone Zoom ini adalah 13MP.
Zenfone Zoom akan ditawarkan mulai suku kedua tahun ini didalam dua warna iaitu putih dan hitam pada harga adalah $399 iaitu sekitar RM 1418 sebelum cukai.
sumber:mobile88.com
No comments:
Post a Comment