Pantai menjadi tempat riadah pilihan semua orang baik bagi yang sudah berkeluarga mahupun yang sedang bercinta. Kalau disebut pantai, pastinya pasir-pasir putih dan air laut yang biru terbayang di benak fikiran. Tapi tahukah anda bahawa terdapat pantai yang sangat berbahaya dan takut untuk dikunjungi oleh manusia.
Berikut merupakan 14 pantai yang paling tidak selamat untuk dilawati.
1. Pantai Gulf, California
Pantai ini nampak cantik dengan pasir yang putih. Ia sebenarnya adalah
habitat ular yang paling berbisa di Amerika Syarikat. Bisa ular ini
mampu membunuh orang dewasa dalam masa kurang dari 2 jam.
2. Pantai Amazon, Amerika Selatan
Pantai ini merupakan habitat haiwan pemangsa yang berbahaya seperti piranha. Jangan sekali-sekali cuba berenang di sini ketika musim kemarau kerana anda berpotensi menjadi mangsa ikan piranha yang kelaparan.
3. Pantai Bolinas,
California
Pantai ini merupakan syurga bagi peluncur. Walaubagaimanapun, para peluncur harus mengambil langkah berhati-hati kerana terdapat banyak ikan yu di pantai ini. Para peluncur dinasihatkan untuk tidak turun ke pantai pada waktu malam dan memakai sebarang perhiasan yang berkilat. Wanita yang sedang uzur juga tidak digalakan mandi di kawasan pantai ini.
4. Pantai Hanakapiai, Hawaii
Pantai ini mungkin kelihatan seperti sebuah tempat riadah yang menyeronokkan kerana kecantikan pasir dan lautnya. Namun pada hakikatnya banyak nyawa yang terkorban di pantai ini akibat ombak pantai dan arus yang kuat.
5. Pantai Pulau Shired, Florida
Pantai yang terletak di Florida, Amerika Syarikat ini merupakan pantai yang tercemar di negara tersebut. Sekiranya anda mandi di situ, kemungkinan besar anda akan mengalami iritasi kulit, meningitis, hepatitis dan masalah perut
6. Bikini Atoll, Kepulauan US Marshall
Bikini Atoll adalah sebuah tempat yang terletak di kawasan Mikronesia
yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Marshall yang terletak di
Lautan Pasifik. Tapak Warisan Dunia UNESCO ini berbahaya kerana dua
alasan, iaitu radiasi nuklear dan yu
7. Playa Zipolite, Mexico
Playa Zipote adalah pantai pasir putih kecil di Oaxaca,
Mexico. Gelombang ombaknya yang besar & arus lautnya yang kencang.
Banyak pelancong yang berenang di air berwarna biru jernih ini namun
akhirnya terseret dek ombak. Pantai ini paling bahaya ketika saat bulan
purnama
8.Gansbaai, Afrika
Gansbaai adalah desa nelayan dan destinasi pelancongan popular di
Western Cape, Afrika Selatan. Ketika musim anjing laut berkembang biak,
jerung-jerung putih yang ganas semakin banyak muncul ke permukaan air.
Pelancong diminta berhati-hati.
9.Pantai Chowpatty, India
Pantai ini terletak di bandar Mumbai. Ia telah lama memegang reputasi
sebagai salah satu pantai tercemar di dunia dan lautnya benar-benar
tidak sesuai untuk dijadikan lokasi renang.
10.Pulau Fraser, Australia
Kawasan berbahaya untuk dikunjungi, kecuali jika anda ingin berenang
bersama jerung dan ubur-ubur serta arus ombak yang tinggi. Di darat
anda akan bertemu dengan labah-labah beracun, buaya air laut dan juga
anjing Dingo, yang sering menyerang manusia.
11.Northern Territory dan Queensland, Australia
Queensland berbatasan dengan Laut Koral dan Laut Pasifik. Ia menjadikan perairan di kedua-dua kawasan ini kaya spesies laut yang menarik. Namun setiap tahun di antara Oktober hingga April, ribuan ubur-ubur kotak mendiami pantai-pantai utara Australia ini. Ubur-ubur tersebut merupakan salah satu haiwan yang paling berbisa di dunia. Sengatannya akan menyebabkan seseorang mengalami kegagalan jantung
12.Pantai Copacabana, Brazil
Pantai ini terkenal dengan pencuri dan penyeluk saku. Kerana itu, sebaiknya tinggalkan barang-barang berharga anda di hotel ketika melawat Copacabana.
13.Praia de Boa Viagem, Brazil
Pantai popular di Kota Recife, Brazil. Berenang di pantai ini sudah tidak dibenarkan kerana serangan jerung. Ia juga terkenal dengan kadar jenayah.
14.Hanakapiai, Hawaii
Pantai Hanakapiai adalah pantai di kepulauan Hawaii. Pantai ini mempunyai ombak yang cukup berbahaya. Di pantai ini tidak ada karang yang cukup besar untuk memecah ombak besar yang menghampiri pantai. Ramai pengunjung terbawa arus bahkan ketika mereka berada di perairan cetek.
sumber:http://nurulazam.com
No comments:
Post a Comment