Khasiat buah tembikai untuk kesihatan

Buah tembikai yang menawarkan rasa manis dan sangat segar jika dimakan pada hari yang panas. Selain rasanya yang manis, buah tembikai ini juga memiliki manfaat yang baik untuk kesihatan.Tembikai merupakan salah satu dari jenis tumbuhan yang hidup menjalar ini berasal dari daerah gurun  di Afrika.
 Isi mempunyai warna yang berbeza, ada yang merah dan ada yang kuning. akan tetapi yang isi berwarna merah mempunyai kadar lycopene yang tinggi.Lycopene adalah salah satu sumber antioksidan, kandungan lycopene dalam buah tembikai isi berwarna merah adalah lebih baik bagi tubuh jika dibandingkan dengan tembikai berwarna kuning.
tembikai

Berikut adalah kebaikan buah tembikai pada kesihatan kita  :

1. Kandungan air dan kalium yang ada pada daging dan kulit semangka sangat bermanfaat bagi penderita hipertensi dan mampu menstabilkan tekanan darah.
2. Dengan meminum jus tembikai setiap hari, anda dapat menghindar dari penyakit kronik seperti strok dan cirit birit yang parah.
3. Memakan buah tembikai akan dapat melancar saluran kencing anda,ini sangat baik bagi anda yang sering susah buang air kecil.
4.  Buah tembikai memiliki kandungan antioksidan yang tinggi, begitu juga dengan biji nya yang mampu mencegah dan mengubati penyakit kanser. Kandungan antioksidan dalam tembikai mencakupi beta-karotin dan vitamin C yang tinggi yang dapat menyihatkan sel-sel tubuh.
5.  Mengandung Lycopene yang mana mampu meningkatkan stamina lelaki. Bukan setakat itu sahaja ia mamapu meningkatkan kesuburan lelaki mahupun wanita.
6.  Memiliki kandungan serat yang tinggi dan bebas dari lemak, sehingga sangat baik makan oleh anda yang sedang dalam program diet atau penurunan berat badan. Juga sangat bermanfaat bagi anda yang mengalami masalah obesiti.

2 comments: